Makanan rakyat marhaen tidak dikenakan cukai SST
Iklan
Johan
.
PELUASAN skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebenarnya hanya melibatkan penambahan sekitar 20 peratus sahaja daripada keseluruhan 6,297 barangan dan perkhidmatan yang telah pun dikenakan cukai sebelum ini.
Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican langkah itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna apabila ada yang menyangka ia satu bentuk cukai baharu yang dikenakan secara menyeluruh.