Tema-tema utama dalam laporan daya saing 2025
Iklan
IMD mendapati negara-negara yang mampu menguruskan inflasi dan kadar faedah mereka dengan baik mempunyai daya saing yang meningkat. Gambar hiasan
SETIAP tahun apabila Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) mengeluarkan senarai kedudukan daya saing negara-negara di dunia, fokus utama diberikan ke atas kedudukan negara, naik atau turun.
Sebenarnya ada aspek yang tidak kurang pentingnya dalam laporan berkenaan. IMD juga membincangkan cabaran-cabaran perlu diambil kira dalam membina daya saing di peringkat negara.