Susu masam

Iklan

Penternak, Zakaria Ideris, 67, menunjukkan sebahagian daripada susu masam yang diisi dalam buluh ketika ditemui di rumahnya Kampung Cheting.

Usaha seorang penternak dekat sini hasilkan susu masam iaitu sejenis hidangan tradisi diperbuat daripada susu kerbau yang diperam dalam buluh mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hidangan tersebut turut dikenali sebagai yogurt kampung dan keluarannya semakin terhad kerana tidak ramai penduduk mengusahakannya.

Zakaria yang mesra dipanggil Pokya berkata, proses pembuatan susu kerbau masam cukup mudah kerana hanya perlukan susu kerbau dan bekas buluh namun tetap punyai pantang larang tersendiri.

Iklan

Susu masam ini juga dijual kepada peniaga Pasar Pagi Kuala Berang atau dipanggil Hari Gilirang dan harga sebatang dijual RM13 bergantung pada saiz buluh.

 

Iklan