TEMPOH baharu dalam karier bekas pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, secara rasminya bermula dengan penampilan sulung bercampur baur bersama Real Madrid di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang menyarung jersi putih dengan nama 'Trent' dan nombor 12 di belakang, memulakan aksi untuk skuad kendalian Xabi Alonso dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kelab menentang Al-Hilal, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.