Gunting rambut sambil dendang lagu P Ramlee
Iklan
Walaupun sudah berusia 81 tahun, namun ada ketikanya Kim Soy memenuhi permintaan pelanggan untuk menggunting rambut.
REMBAU – Mendengar kelunakan suaranya mendendangkan lagu-lagu Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dengan pelat betul, ramai menyangka dia adalah bangsa Melayu.
Apa tidaknya, Ng Kim Soy, 81, bukan sahaja boleh menyanyi lagu seniman itu dengan baik, malah mampu menghafalnya hampir kesemua lagunya.