Serangan terancang: Usaha politik kotor ganggu agenda reformasi
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kes Yusoff Rawter.
KES dakwaan serangan seksual yang difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat bukan sekadar pertikaian perundangan.
Ia sebaliknya mula dilihat sebagai satu naratif penuh manipulasi yang menjelmakan percubaan sistematik untuk merosakkan reputasi seorang pemimpin negara yang telah melalui pelbagai mehnah politik dan penganiayaan selama lebih dua dekad.