Pergiat kempen iktiraf Palestin
Iklan
Donald Trump
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bukan sahaja menyokong serangan Israel terhadap Islam selepas penafian sebelum ini tentang penglibatan AS, malah menuntut Iran untuk ‘menyerah diri tanpa syarat’ — mempamerkan keangkuhan imperialisme AS di bawah panji MAGA (Make America Great Again) Trump.
Ia turut menonjolkan kenaifan mereka yang menyokong Trump — termasuk sebilangan pengundi AS keturunan Arab – kerana fikirkan Presiden jutawan itu akan kurang pro-Israel malah ‘pencipta kedamaian’.