JERTIH - Seorang pesara guru di daerah ini kerugian RM115,003 selepas menjadi mangsa penipuan e-kewangan (phishing).
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu berkata, lelaki berusia 56 tahun itu menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan ketika mahu mengeluarkan duit di sebuah cawangan bank di bandar Jertih pada malam Isnin lepas.