Pegawai keselamatan maut, motosikal bertembung kereta

Iklan
Kemalangan membabitkan dua kenderaan meragut satu nyawa dalam kejadian pada Rabu. Foto ihsan PDRM

MARAN – Seorang pegawai keselamatan dan kesihatan maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 68, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi dan melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC serta kereta Perodua Viva.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa, Ahmad Fadhli Azman, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan meragut satu nyawa dalam kejadian pada Rabu. Foto ihsan PDRM

Iklan

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 83 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Aur Gading Sawmill Luit menuju ke arah Srijaya.

“Semasa kereta itu cuba menyeberang ke laluan utama arah Srijaya, motosikal dari arah Kuantan yang berada di laluan utama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kiri Perodua Viva,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan dari Klinik Maran.

Keadaan kereta yang remuk di bahagian hadapan. Foto ihsan PDRM

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jengka dan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik hospital berkenaan,” jelasnya lagi.

Tambah Wong, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu kereta yang cuai ketika hendak menyeberang jalan dari sebelah kiri ke kanan, sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motosikal yang sedang melalui laluan utama dari arah Kuantan ke Maran.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.