Latih Amal Ex Harimau Kumbang 2025

Iklan

Anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan mangsa yang cedera selepas sebuah pesawat terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada latihan simulasi bencana udara Latih Amal Ex Harimau Kumbang 2025 di sini hari ini.

Latihan yang diadakan oleh Malaysia Airports Sdn Bhd dengan kerjasama pelbagai agensi bagi menerapkan nilai kesiapsiagaan agar semua anggota melengkapkan diri dengan ilmu serta sentiasa bersedia sekiranya berlaku bencana.

Iklan
Iklan

Pelbagai agensi dan jabatan terlibat dalam latihan simulasi tersebut antaranya PDRM, Bomba, APM, JKN, Malaysia Airport, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.