TEHERAN - Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi menggesa penduduk di bandar Haifa dan Tel Aviv supaya segera berpindah sebagai persediaan menghadapi"serangan balas" yang menurut beliau akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Menerusi satu video yang disiarkan oleh media rasmi Iran, Mousavi berkata, operasi ketenteraan sebelum ini hanyalah amaran untuk tujuan pencegahan, namun tindakan yang lebih keras akan menyusul.