Bina kekuatan pertahanan negara
Iklan
Peperangan moden kini bersifat kompleks dan asimetrik, sekali gus menuntut keterlibatan bukan hanya ATM tetapi seluruh ekosistem negara. Gambar hiasan
KITA sedang menghampiri separuh kedua bagi 2025. Separuh tahun pertama telah menyaksikan pelbagai konflik geopolitik yang timbul, bahkan ada yang telah menyebabkan berlaku pertempuran bersenjata.
Konflik India dan Pakistan hampir menjadi perang besar, namun dapat dihentikan melalui gencatan senjata. Terkini, Israel telah menyerang Iran dan memusnahkan fasiliti nuklear serta membunuh pemimpin tentera dan saintis Iran. Pada masa sama, Gaza masih bergolak dan perang Ukraine-Rusia masih berterusan, malah tidak menampakkan titik noktah.