Menyamar jadi pramugara kerana mahu terbang percuma 120 kali

Iklan
Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pramugara selama enam tahun semata-mata untuk menaiki penerbangan percuma. Foto Agensi

TALLAHASSEE – Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pramugara hanya kerana mahu menaiki penerbangan secara percuma sebanyak 120 kali.

Pendakwa raya di Pejabat Daerah Selatan Florida pada 5 Jun lalu mendapati Tirone Alexander, 35, bersalah atas penyamaran itu, selain memasuki kawasan larangan di lapangan terbang menggunakan alasan palsu dan melakukan penipuan elektronik antara tahun 2018 hingga 2024.

Iklan
Iklan

Alexander mengambil kesempatan daripada polisi yang membenarkan kru penerbangan dan juruterbang daripada syarikat penerbangan lain menaiki pesawat secara percuma.

Dia membuat tempahan tiket secara percuma sebagai 'pramugara' dan mendakwa kononnya bekerja di tujuh syarikat penerbangan berbeza, selain memiliki kira-kira 30 lencana serta tarikh pengambilan bekerja yang berlainan.

Iklan

Alexander turut menggunakan taktik serupa untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma di tiga syarikat penerbangan lain.

Difahamkan, hukuman ke atasnya bakal diputuskan pada 25 Ogos depan. – Agensi

Iklan