SST bagus tetapi perlu penambahbaikan
Iklan
Pakar berpandangan, SST merupakan kaedah percukaian terbaik namun kerajaan perlu mengecualikan barangan makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan secara menyeluruh. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Fairuz, Mohd Afzanizam)
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih layak dianggap sebagai sistem terbaik untuk perlaksanaan cukai bersasar di negara ini, mengambil kira kesesuaian landskap ekonomi tempatan.
Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dr Mohd Fairuz A Razak bagaimanapun berkata, kerajaan masih perlu melakukan beberapa penambahbaikan supaya ia lebih efektif berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah diperkenalkan di negara ini.