Wanita ditemui maut dalam kereta

Iklan
Gambar hiasan

KULAI - Seorang wanita ditemui maut di dalam sebuah kereta di Jalan Scientex, Senai, dekat sini, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan mayat wanita berkenaan pada jam 6.20 pagi.

Iklan
Iklan

“Mangsa ditemui di tempat duduk pemandu kenderaan terbabit antara jam 6 hingga 6.20 pagi.

"Setakat ini, polis tidak menemukan sebarang rekod masalah kesihatan mental yang melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Untuk rekod, sehingga kini, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

Iklan