PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pilihan raya mengejut tidak akan diadakan, sambil menegaskan kerajaan Perikatan Nasional yang baru dibentuk akan berkhidmat kepada rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Jika anda mahu diadakan pilihan raya mengejut, saya tidak mahu itu (pilihan raya mengejut). Ini bukan masa yang sesuai...kami berada di sini untuk berkhidmat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet beliau di Perdana Putra, di sini hari ini.