Serangan udara Israel sasar kawasan perumahan di timur Tehran

Iklan
Asap tebal kelihatan dari depot minyak Shahran, di barat laut Tehran. Iran sahkan lebih 224 terbunuh sejak konflik tercetus Jumaat lalu. Foto AFP

ISTANBUL - Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas kawasan perumahan padat penduduk di timur Tehran pada petang Isnin, sejurus selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Press TV Iran melaporkan serangan itu tanpa memberikan butiran lanjut mengenai sasaran atau jumlah korban.

Iklan
Iklan

Terdahulu pada Isnin, tentera Israel mengarahkan penduduk Daerah 3 Tehran, kawasan yang turut menempatkan kementerian kerajaan dan kedutaan asing, untuk berpindah segera sebelum gelombang baharu serangan udara dilancarkan.

Arahan pemindahan ini merupakan yang pertama kepada penduduk Tehran sejak konflik bersenjata antara Israel dan Iran tercetus Jumaat lalu, yang digambarkan sebagai konfrontasi paling teruk antara kedua-dua negara.

Iklan

Ketegangan serantau semakin meningkat sejak Jumaat apabila Israel melancarkan serangan udara serentak ke atas pelbagai lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sehingga mencetuskan tindak balas dari Tehran.

Iran menyatakan sekurang-kurangnya 224 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi cedera sejak serangan Israel bermula pada Jumaat. - Bernama-Anadolu

Iklan