Sumbat penumpang bot macam 'sardin'

Iklan
Keadaan di dalam bot yang memuatkan sehingga 40 penumpang ditahan perairan Tanjung Harapan, Klang, Selangor pada Ahad.

KLANG – Tindakan sebuah bot membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan membawa padah apabila ia ditahan pihak berkuasa di kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika selatan Tanjung Harapan, di sini, pada Ahad.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot penumpang terbabit ditahan semasa rondaan rutin dalam Operasi Ehsan dan Operasi Tiris 3.0 kira-kira jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bot itu sedang dalam perjalanan dari jeti Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Ketam ketika pemeriksaan dilakukan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru warga tempatan masing-masing berusia 23 dan 26 tahun.

Bot penumpang yang ditahan Maritim Selangor di sekitar perairan Tanjung Harapan, Klang pada Ahad.

Iklan

“Mereka membawa seramai 40 penumpang sedangkan semakan terhadap lesen menunjukkan had maksimum yang dibenarkan hanyalah 32 orang termasuk nakhoda dan kru,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Abdul Muhaimin, bot bersama nakhoda dan kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Iklan

Tegasnya, kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Perbuatan mengabaikan syarat lesen seperti membawa penumpang melebihi kapasiti yang ditetapkan boleh mengundang risiko bahaya dan kehilangan nyawa pada bila-bila masa,” ujarnya.