Kereta terbakar nahas empat kenderaan

Iklan
Kejadian jam 7.50 malam itu membabitkan 10 mangsa dengan dua parah dan lima cedera.

SUNGAI CHOH - [VIDEO] Sebuah kereta terbakar selepas melanggar tiga lagi kenderaan di Kilometer 18 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, malam tadi.

Kejadian jam 7.50 malam itu membabitkan 10 mangsa dengan dua parah dan lima cedera.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, pemandu kereta berusia 28 tahun beralamat di Selayang parah di kepala manakala penumpang wanita berusia 24 tahun patah kaki kanan dan seorang bayi enam bulan tiada kecederaan.

"Seorang lagi mangsa parah adalah pemandu sebuah lagi kereta berusia 45 tahun dari Sungai Perak manakala penumpang wanita berusia 41 tahun serta tiga anak turut cedera.

Iklan

"Sementara dua lagi pemandu berusia 61 dan 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan ini berlaku semasa kereta berkenaan dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya dan sampai tempat kejadian, telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan," katanya.

Iklan

Bak Phai berkata, kereta tersebut kemudian melanggar sebelah kanan ketiga kereta berkenaan yang datang dari arah bertengangan.

Menurutnya, perlanggaran mengakibatkan kereta yang terbabas terbakar dan kenderaan lain remuk bahagian hadapan sebelah kanan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

This browser does not support the video element.