Baru kahwin 3 bulan, lelaki ditangkap bunuh isteri

Iklan
Seorang lelaki ditangkap kerana membunuh isterinya dalam satu pertengkaran di Bareilly, Uttar Pradesh pada Sabtu. Gambar hiasan

MEERUT - Seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditangkap kerana membunuh isterinya dalam satu pertengkaran di Bareilly, Uttar Pradesh pada Sabtu.

Superintenden Polis (SP) Utara, Anshika Verma berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada malam Sabtu di kampung Dalipur di bawah balai polis Bhuraura.

Iklan
Iklan

Ujarnya, suspek, Kunwarsen, mengelar leher isterinya, Pushpa, 28, dengan pisau dapur selepas pertengkaran panas mengenai hal rumah tangga.

"Suspek berkata bahawa isterinya sering membantah tabiat minum araknya yang menyebabkan berlaku konfrontasi. Kejadian serupa berlaku pada hari Sabtu," katanya.

Iklan

Ujar Verma, bilik kawalan polis telah dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung yang melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya, sebuah pasukan bergegas ke tempat kejadian, menjalankan siasatan awal dan menghantar mayat untuk bedah siasat.

Iklan

"Satu laporan maklumat pertama (FIR) di bawah seksyen BNS 103 (1) (pembunuhan) telah didaftarkan.

“Pisau yang digunakan untuk pembunuhan itu juga telah ditemui semula," ujarnya.

Katanya, semasa disoal siasat, suspek mengaku bahawa dia melakukan pembunuhan tersebut.

“Suspek telah berkahwin dengan mangsa kira-kira tiga bulan yang lalu. Kedua-dua mereka bekerja sebagai buruh di Ludhiana, Punjab,” menurutnya. - Agensi