Lelaki bakar rumah berang isteri curang dengan pasangan sejenis

Iklan
Polis menahan suspek yang membakar rumah isterinya. Foto detik.com

JOGJA - Seorang lelaki bertindak membakar sebuah rumah di Pesanggrahan, Jakarta Selatan selepas menangkap isterinya berlaku curang dengan pasangan sejenis.

Ketua Polis Sektor Pesanggrahan, AKP Seala Syah Alam berkata, lelaki berinisial (H), 44 itu telah ditetapkan sebagai suspek bagi kes berkenaan dan didapati bertindak sedemikian kerana cemburu serta menuduh isterinya berlaku curang.

Iklan
Iklan

"Jadi motifnya adalah kerana cemburu, di mana berlaku pertengkaran antara suami dan isteri yang sudah berpisah ranjang lebih kurang selama setahun," kata Seala pada Jumaat.

Ujarnya, insiden pembakaran rumah berkenaan berlaku pada 5 Jun lalu.

Iklan

Menurut Seala, pada mulanya, suspek H datang ke rumah isterinya untuk menghantar makanan bubur kepada anak mereka yang sedang sakit.

"Kemudian suspek pulang, sekitar pukul 10.30 malam. Suspek datang lagi ke rumah mangsa untuk memberikan wang saku kepada anak.

Iklan

"Suspek turut ditegur oleh mangsa yang mempersoalkan kedatangannya pada waktu itu," ujarnya.

Kata Seala, namun pada tengah hari sekitar pukul 1.00 petang, H datang lagi kerana curiga isterinya mempunyai hubungan dengan seorang rakan.

"Ketika suspek masuk ke rumah mangsa, dia memeriksa bilik dan mendapati ada rakan perempuan mangsa sedang tidur di atas katil.

"Lalu suspek menegur dan berlaku pertengkaran mulut dengan rakan perempuan mangsa," menurutnya.

Polis menahan H yang berada di rumah rakannya di kawasan Joglo, Kecamatan Kembangan, Jakarta Barat pada Selasa lalu.

Atas perbuatannya, H ditetapkan sebagai suspek dan ditahan.

Dia didakwa di bawah Pasal 187 Ayat 1 KUHP atas tindakan membakar rumah tersebut dengan ancaman hukuman penjara paling lama 12 tahun.