Gelombang haba dan krisis perubahan iklim
Iklan
Gelombang haba yang sedang melanda negara bukan sekadar peringatan tentang bahaya cuaca ekstrem, tetapi juga isyarat bahawa kita perlu mengubah pendekatan terhadap pembangunan dan kelestarian.
NEGARA kita sedang berdepan fenomena suhu panas yang semakin membimbangkan. Berdasarkan kenyataan MetMalaysia, beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan kini berada pada berjaga-jaga apabila suhu harian maksimum mencecah antara 35°C hingga 37°C selama tiga hari berturut-turut.
Trend ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah sejak lima tahun kebelakangan, peningkatan suhu purata tahunan telah menjadi norma baharu, dengan 2023 direkodkan antara tahun paling panas dalam sejarah negara.