Dari kedai kecil jadi empayar runcit elektrik
Iklan
Selepas 36 tahun Senheng terus berkembang seiring perubahan zaman.
BERMULA dengan sebuah kedai kecil di Pandan Jaya pada tahun 1989, tiga beradik Lim Kim Heng, Lim Kim Chieng dan Lim Kim Yew tidak menyangka perniagaan keluarga mereka akan berkembang menjadi salah satu empayar runcit elektrik terbesar di Malaysia.
Berbekalkan semangat keusahawanan yang tinggi dan keberanian mencuba, mereka membina sebuah legasi yang kini dikenali sebagai Senheng New Retail Berhad dengan lebih 100 cawangan di seluruh negara.