Letupan didengar di ibu negara Iran di tengah laporan serangan baharu Israel

Iklan
Kepulan asap tebal kelihatan di ruang udara Teheran pada Ahad.

ISTANBUL - Beberapa letupan kedengaran di beberapa kawasan di ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad di tengah laporan mengenai serangan udara baharu oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan asap tebal dari Lapangan Terbang Mehrabad.

Iklan
Iklan

Tiada sebarang kenyataan segera daripada pihak berkuasa Iran berhubung laporan itu.

Sementara itu, kerajaan Iran membuka masjid, sekolah dan stesen kereta api bawah tanah bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perlindungan susulan serangan Israel ke atas negara itu lapor Bernama.

Iklan

Terdahulu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan gelombang serangan balas terbaharu terhadap rejim Zionis dengan menyasarkan kemudahan tenaga dan ketenteraan utama serta memintas puluhan pesawat musuh.Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam IRGC pada, pihaknya mengesahkan pelaksanaan Operasi Janji Benar 3 sebagai respons terhadap siri serangan Israel yang disifatkan sebagai kejam dan biadab. 

 

Iklan