CAMERON HIGHLANDS - Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan hingga terbabas dan melanggar empat pejalan kaki di Kilometer (KM) 68, Jalan Kea Farm dekat Brinchang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 24 tahun dan tiga kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun.