NEW DELHI - Sebuah helikopter yang dalam penerbangan dari Dehradun ke Kedarnath terhempas berhampiran Gaurikund di Uttarakhand pada Sabtu, lapor Xinhua yang memetik media tempatan India.
Menurut laporan media tempatan, terdapat lima atau enam orang berada dalam helikopter itu ketika nahas berlaku.