Memilih Ketua Menteri Sabah
Iklan
PRN Sabah pastinya menjadi medan pertarungan sengit untuk merebut jawatan Ketua Menteri. Foto fail Bernama
PILIHAN Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah) pastinya menjadi medan pertarungan sengit untuk merebut jawatan Ketua Menteri, dengan beberapa nama besar dijangka mencabar kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor.
Meskipun sistem demokrasi Malaysia tidak mengamalkan pemilihan Ketua Menteri secara langsung, kemenangan parti politik banyak ditentukan oleh kekuatan kepimpinan parti dan kredibiliti calon Ketua Menteri yang ditonjolkan.