KULIM - Lelaki yang dikhuatiri hilang ketika mandi di Sungai Sedim di sini ditemui lemas selepas lebih sejam operasi pencarian dilaksanakan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mangsa ditemui oleh orang awam yang membuat selaman di lokasi kejadian sekitar jam 11.30 pagi Sabtu.