PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti pada Kejohanan Balapan dan Padang Persatuan Olahraga Berkolej Kebangsaan (NCAA) 2025 hari ini.
Kuartet Auburn yang dibarisi Muhammad Azeem, Kayinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba mempamerkan larian bertenaga untuk meraih gelaran juara dengan catatan masa 38.33 saat (s).