'Tekan pedal minyak akan terasa kosong'
Iklan
Dengan kelajuan terkawal, pemandu mempunyai lebih masa untuk bertindak balas dalam situasi kecemasan. Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Hezeri
SHAH ALAM - Harga peranti had kelajuan (SLD) kebiasaannya tidak terlalu mahal dan hanya bernilai ratusan ringgit di pasaran, namun Kementerian Pengangkutan (MoT) perlu memastikan alatan keselamatan tersebut tidak dikenakan cukai.
Penganalisis automotif, Hezeri Samsuri berkata, kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu memberikan spesifikasi rasmi mengenai jenis SLD yang boleh dibeli untuk dipasang pada kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan bas ekspres.