Ganti SST kepada GST - FMBA
Iklan
Charles
SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai ganti kepada cadangan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengelak lebih banyak beban terpaksa ditangung pengguna.
Exco Pengasas Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Raymond Woo berkata, ini kerana peluasan cukai yang dijangka berkuat kuasa 1 Julai nanti akan menyebabkan lebih banyak produk dan perkhidmatan terlibat.