Ayuh jayakan Karnival Siang Malam Karangkraf 2025!

Iklan
Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini. Gambar kecil: Airol Fadley

SHAH ALAM – Karangkraf mengalu-alukan penyertaan syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta usahawan tempatan untuk menjalinkan kerjasama sebagai penaja utama, penaja bersama atau penyewa reruai sempena penganjuran Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini.

Penganjuran acara berskala besar itu dijadualkan berlangsung di perkarangan Kompleks Karangkraf di sini dan dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf, Airol Fadley Limin berkata, pihaknya amat berbesar hati menjemput seberapa ramai penaja untuk bersama menjayakan acara tersebut yang menawarkan pelbagai keistimewaan kepada rakan penaja.

Beliau berkata, penaja bukan sahaja diberi ruang promosi, malah turut menerima sokongan menyeluruh dari segi strategi pengiklanan serta aktiviti jenama secara kreatif dan bersepadu sepanjang acara berlangsung.

Iklan

“Setiap penaja akan dibantu dari segi konsep dan idea aktiviti termasuk liputan berita, promosi di media sosial, penstriman langsung dan laporan berita selepas karnival berlangsung bagi memastikan jenama yang menyertai acara berkenaan mendapat pulangan maksimum.

“Pengiklan dan penaja tidak hanya datang untuk buka reruai, mereka datang bersama strategi promosi yang kami bantu rangka dan jayakan bersama."Mereka akan menerima sokongan penuh daripada pasukan Karangkraf merangkumi promosi atas talian, aktiviti di lokasi dan perancangan pemasaran,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, liputan penuh turut diberikan melalui pelbagai platform media milik Karangkraf termasuk Sinar Harian, Sinar Daily, Sinar Plus dan Sinar Bestari selain penstriman secara langsung menerusi media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

“Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah yang ditawarkan sepanjang karnival, termasuk dua buah motosikal skuter bernilai RM20,000 sebagai hadiah utama,” katanya.

Airol Fadley berkata, karnival tersebut turut mengetengahkan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga termasuk rumah hantu, maze gergasi, litar go-kart dan Pasar Saloma yang menghimpunkan beratus produk makanan dan kraf tempatan yang dihasilkan oleh pengusaha kecil dan sederhana dari seluruh negara.

“Karnival ini turut memberi ruang kepada pelajar sekolah menonjolkan bakat mereka melalui pelbagai pertandingan seperti dikir barat, tarian tradisional, kawad kaki, choral speaking, robotik, koir, fesyen kitar semula dan Smartlympic,” ujar beliau.

Mereka yang berminat menjadi penaja utama, penaja bersama dan penyewa reruai sempena karnival berkenaan boleh terus menghubungi Airol Fadley di talian 019-229 7270 atau Pengurus Hasil Jualan Hasil dan Acara Baharu Kumpulan, Mohd Ariff Hashim (012-6276411).