ISTANBUL - Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran pada Jumaat, susulan serangan besar-besaran awal pagi tadi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Press TV Iran melaporkan bahawa Israel menyerang kawasan berhampiran Lapangan Terbang Tabriz di barat laut Iran, dengan bunyi letupan kedengaran di kawasan itu.