PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah lucut hak terhadap wang berjumlah AS$954,299.58 (RM4,051,477.44) dalam akaun BSI Bank, Switzerland yang mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kebenaran perintah lucut hak itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Muniandy Kannyappan selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan tiada sebarang bantahan atau tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kuala Lumpur, pada Jumaat.
"Menerusi penghakimannya, Hakim Muniandy Kannyappan membenarkan wang dalam akaun perbankan atas nama Derivale Limited milik Azlin bin Alias selaku pemegang benefisiari, dilucutkan kepada kerajaan Malaysia menerusi SPRM.