Kematian ke-14 jemaah haji Malaysia akibat serangan jantung

Iklan
Allahyarham Eshah Che'

MAKKAH – Satu lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci kini seramai 14 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah haji berkenaan, Eshah Che', 74, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.10 petang di Hospital King Abdullah, Makkah akibat serangan jantung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Allahyarhamah berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan kematiannya disahkan oleh petugas kesihatan Tabung Haji, Dr Ahmad Nizam Ismail @ Mustafa.

"Doa kita agar Almarhumah ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan dikurniakan ganjaran haji mabrur oleh Allah SWT," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata segala urusan berkaitan jenazah termasuk pengebumian akan diuruskan sepenuhnya oleh Tabung Haji.