ISTANBUL - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat mengesahkan bahawa tapak nuklear Natanz di Iran merupakan antara sasaran serangan udara Israel, lapor Anadolu Ajansi.
"IAEA sedang memantau rapi situasi yang amat membimbangkan di Iran. Agensi boleh mengesahkan bahawa tapak Natanz adalah antara yang disasarkan," kata Ketua IAEA, Rafael Grossi menerusi satu hantaran di akaun X rasmi agensi itu.