SST: Tiada cukai tanpa propaganda
Iklan
Peluasan SST bukan sekadar isu kesihatan fiskal negara semata, ia lebih menjurus kepada beban tambahan dikenakan terhadap harga barang keperluan yang sudah terkesan oleh tukaran mata wang dan krisis geopolitik. Gambar hiasan Bernama
NO one is patriotic about taxes – tulis George Orwell dalam catatan diari perang bertarikh 9 Ogos 1940. Ketika itu kota London sedang dihentam bom The Blitz puak Jerman di titik paling tegang Perang Dunia Kedua.
85 tahun berlalu, kini dalam damai yang relatif, pengamatan Orwell masih relevan, malah tepat. Isnin lalu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mewartakan lima perintah cukai untuk memperluaskan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuat kuasa 1 Julai 2025.