Buat ujian dadah kepada pemandu bas untuk perjalanan lebih 2 jam - Tun M

Iklan
Dr Mahathir.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar semua pemandu bas yang akan memandu bagi perjalanan melebihi dua jam disaring untuk mengesan sekiranya terdapat pengambilan dadah.

Cadangan tersebut dikemukakan susulan beberapa insiden dan nahas yang membabitkan bas serta dikaitkan dengan pemandu yang mengambil dadah.

Iklan
Iklan

"Ramai pemandu bas dikatakan menggunakan dadah. Apa kata kalau sebelum memandu bas untuk lebih daripada dua jam, mereka diuji sama ada telah menggunakan dadah atau tidak.

"Jika ada kesan penggunaan dadah, mereka tidak dibenarkan memandu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau turut mencadangkan agar gaji pemandu bas yang dikesan mengambil dadah tidak perlu dibayar.

"Kalau marah-marah kerana diuji, juga tidak dibenarkan memandu," tegas beliau.

Iklan

Bagaimanapun, tambah beliau, pelaksanaan cadangan berkenaan mungkin menimbulkan masalah.

"Tidak cukup pemandu bas. Bas tidak berjalan," katanya.

Namun, ujar beliau, semua perkara tersebut boleh diatasi, tetapi tidak dinyatakan secara lanjut.