KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,369 kemalangan direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan Op Lancar sempena Hari Raya Aidiladha iaitu dari 6 hingga 9 Jun lalu di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kes kemalangan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus, iaitu melebihi 181 kes berbanding yang direkodkan pada operasi yang sama tahun lalu.
“Jumlah kes kemalangan maut pula adalah sebanyak 58 kes, menunjukkan penurunan sebanyak 26 kes berbanding 84 kes pada tahun lalu."Jumlah kematian pula seramai 78 orang pada tahun ini, dengan penurunan sebanyak 10 kematian berbanding tahun lalu, iaitu 88 orang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.