MELAKA – [DIKEMAS KINI] Seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya berusia 21 tahun dipercayai dibunuh dalam kejadian tragis di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pada pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun dan anak sulungnya dipercayai ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah, manakala seorang anak lelaki bongsu berusia 13 tahun pula ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj kereta rumah teres setingkat berkenaan.