Panas baran penyakit mental, diwarisi
Iklan
Membesar dalam persekitaran huru-hara atau emosi tidak stabil boleh menyumbang perangai panas baran. Foto 123RF/hiasan
MEDIA sosial kecoh penularan rakaman video memaparkan kejadian seorang artis popular dilihat bertengkar dengan seorang lelaki di atas jalan raya selepas berlaku provokasi. Adakah panas baran ini ada kaitan dengan faktor genetik, persekitaran atau cuaca panas?
Panas baran adalah keadaan di mana seseorang tidak terkawal rasa marah seterusnya membawa tingkah laku agresif dan ganas. Ia salah satu masalah kesihatan mental daripada 200 jenis sakit jiwa.