Tiada siapa inginkan kejahatan
Iklan
Secara prinsip, manusia dilahirkan bersih dan suci dan tiada siapa pun yang bermatlamat lahir ke dunia untuk melakukan kejahatan. Foto 123RF/hiasan
MUTAKHIR ini, fenomena kejahatan manusia semakin ketara. Ada yang sanggup kelar leher isteri, merogol anak kandung, kecurangan dalam rumahtangga dan pelbagai jenis kejahatan yang tidak terfikir untuk kita melakukan hal sedemikian.
Itu belum lagi, melibatkan hal fitnah, pengkhianatan, kezaliman, tidak amanah dan sebagainya lagi. Pendek kata, manusia ‘begitu arif’ melakukan sekecil-sekecil sehinggalah sebesar-besar kejahatan. Pun begitu, penafian terhadap perbuatan khianat tersebut amat ketara sekali.