Pelancong Israel dihina pemilik hotel kerana minta tisu tandas

Iklan
Sepasang pelancong Israel mendakwa dihina oleh pemilik hotel selepas mengadu tiada tisu tandas. Foto123RF/hiasan

SOFIA - Sepasang pelancong warga Israel mendakwa dihina dan menerima mesej berunsur kebencian daripada pemilik sebuah hotel di Sofia, Bulgaria, selepas mengadu tentang ketiadaan tisu tandas di bilik mereka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Mei lalu ketika pasangan tersebut, Ayelet Michael-Gayego dan suaminya, menginap di hotel itu yang ditempah secara atas talian.

Iklan
Iklan

Menurut media Israel The Jerusalem Post, pasangan terbabit mendakwa mesej WhatsApp mengandungi kata-kata kesat telah dihantar kepada mereka oleh pihak hotel selepas beberapa percubaan untuk menghubungi staf bagi meminta tisu tandas gagal.

Antara mesej yang didakwa dihantar berbunyi: “Aku harap kau terbakar dalam neraka. Kau tak perlukan tisu tandas.”

Iklan

Wakil diplomatik Israel dilaporkan sedang mengambil tindakan lanjut terhadap hotel tersebut termasuk mencadangkan agar ia dikeluarkan daripada platform tempahan pelancongan atas talian.

Sementara itu, tiada maklum balas rasmi dikeluarkan oleh pemilik hotel atau pihak berkuasa tempatan setakat ini. – Agensi

Iklan