Melayu perlu kembali hidupkan roh perpaduan
Iklan
Perpecahan ketara di kalangan orang Melayu, khususnya dari segi politik dan sosial, memberi kesan langsung terhadap kekuatan bangsa dalam menghadapi arus globalisasi.
BANGSA Melayu hari ini berdepan cabaran besar — bukan dari luar semata-mata, tetapi dari dalam.Perpecahan ketara di kalangan orang Melayu, khususnya dari segi politik dan sosial, memberi kesan langsung terhadap kekuatan bangsa dalam menghadapi arus globalisasi, tekanan ekonomi dan pertikaian nilai yang semakin meruncing.
Namun, dalam kehangatan polemik ini, satu perkara hakiki sering dilupakan - bahawa penyatuan Melayu tidak akan berlaku hanya dengan slogan atau laungan kosong. Ia hanya boleh dibina semula dengan kembali kepada asas nilai yang membentuk bangsa itu sendiri — agama, bahasa, maruah dan warisan.