SCOTLAND – Misteri mesej dalam botol yang ditemukan di Pantai Barat Sweden akhirnya berjaya diselesaikan selepas 47 tahun.
Memetik laporan BBC Scotland News, botol berkenaan ditemukan pada Februari lalu sebelum dibersihkan untuk membaca kandungan surat lembap yang terdapat di dalamnya.
“Surat yang lembap dan pudar itu sukar dibaca, namun kami dapat melihat nama James Addison Runcie, tahun 1978 serta alamat di Cullen, Banffshire.
“Ia mungkin merujuk kepada Runcie, seorang nelayan yang berada di atas kapal Loraley.
“Nota tersebut ditulis oleh rakannya, Gavin Geddes, yang terkejut apabila dimaklumkan ia ditemukan semula 47 tahun selepas mereka membuangnya ke Laut Utara,” katanya.
Penemuan itu dianggap amat mengejutkan kerana misteri hampir lima dekad tersebut berjaya dirungkaikan melalui pengesahan sumber yang boleh dipercayai, meskipun Runcie dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 1995.
Wakil BBC Scotland News, Ellinor, 32, dan Asa, 55, yang menemukan botol berkenaan difahamkan gemar meneroka pulau serta mencari penemuan unik di pesisir pantai.
“Saya keluar meneroka Kepulauan Väderöarna bersama kawan baik saya, Asa. Pada hari kejadian, kami menaiki kapal ke Torsö, pulau paling utara di sana.
“Dalam kawasan semak samun di pulau itu, Asa terlihat sesuatu yang aneh, iaitu botol kaca tebal yang tersembul keluar dari tanah.
“Di dalamnya terdapat nota lembap yang hampir tidak dapat dibaca, tetapi jelas tertulis tarikh 14.9.78,” ujarnya.