Lelaki curi seluar dalam wanita ditahan polis

Iklan
Seorang lelaki yang tular kerana mencuri seluar dalam wanita dari jemuran milik penduduk di kawasan Katulampa, Bogor Timur, akhirnya diberkas polis pada Isnin lalu.

BOGOR TIMUR – Seorang lelaki yang tular kerana mencuri seluar dalam wanita dari jemuran milik penduduk di kawasan Katulampa, Bogor Timur, akhirnya diberkas polis pada Isnin lalu.

Ketua Bahagian Humas Polresta Bogor Kota, Inspektor Polis Dua (Ipda) Eko Agus, mengesahkan penahanan suspek yang dikenali dengan inisial F, seorang warga tempatan.

Iklan
Iklan

“Suspek yang disyaki mencuri pakaian dalam telah berjaya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah (Reskrim) dari Balai Polis Bogor Timur,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penangkapan dilakukan di rumah suspek selepas mangsa tampil membuat laporan polis, sambil ditemani keluarganya.

Iklan

“Laporan polis telah dibuat. Suspek masih dalam proses siasatan,” tambah Eko.

Sebelum itu, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki mencuri pakaian dalam dari jemuran di sebuah rumah penduduk.

Iklan

Rakaman menunjukkan suspek memakai pakaian serba hitam dengan sweater kelabu yang diikat di leher. Lelaki itu kelihatan memerhati keadaan sekeliling sebelum pantas mengambil sehelai seluar dalam dari jemuran dan melarikan diri.

Ketua Polis Balai Bogor Timur, AKP Asep Sundana, memaklumkan bahawa pihaknya terus melakukan siasatan dan turun ke lokasi selepas rakaman berkenaan tular.

“Siasatan segera dilakukan meskipun belum ada laporan awal daripada mangsa ketika itu,” katanya.

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut dan pihak polis masih belum mengesahkan motif sebenar di sebalik kejadian memalukan itu. - Agensi