Fahmi Reza berhak tuntut tindakan undang-undang atas sekatan perjalanan
Iklan
Fahmi Reza mendakwa dirinya dilarang ke luar negara pada Sabtu selepas disenaraihitamkan daripada memasuki Sabah baru-baru ini.
SHAH ALAM - Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan pihak berkuasa sekiranya arahan sekatan perjalanan dilaksanakan terhadapnya, dilakukan tanpa asas hingga tidak dapat ke luar negara pada Sabtu lepas.
Pensyarah Undang-Undang dan Polisi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat untuk bergerak termasuk hak untuk merentasi sempadan negara atau ke luar negara, asalkan individu terbabit mematuhi segala undang-undang ditetapkan termasuk undang-undang imigresen.