Tze Yong dinasihat kekal kuat, jangan sendirian hadapi pemulihan

Iklan
Tze Yong

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dinasihatkan agar mendapatkan sokongan dan tidak menempuh proses pemulihan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) secara bersendirian, selepas disahkan perlu menjalani pembedahan.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen, mengakui Tze Yong memiliki kekuatan mental yang tinggi, namun menegaskan kepentingan untuk memahami bahawa mendapatkan bantuan bukanlah suatu kelemahan.

Iklan
Iklan

"Pada akhirnya, segalanya bergantung kepada atlet itu sendiri, sentiasa dapatkan bantuan. Kadang-kadang apabila berada dalam situasi sebegini, seseorang akan berasa seperti bersendirian dengan masalahnya, tetapi hulurkanlah tangan.

"Meminta bantuan bukan kelemahan. Kita perlu ingat, ia sebenarnya satu kekuatan dan sudah pasti kami akan terus memantau keadaannya sepanjang masa,” ujar Jonassen ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Jonassen berkata, pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 tersebut perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan secara berperingkat.

"Saya rasa penting untuk memikirkan langkah demi langkah. Jika sekarang anda melihat sembilan hingga 12 bulan ke hadapan, itu terlalu jauh

Iklan

"Sudah tentu, kekuatan dalaman amat diperlukan untuk bangkit semula dan saya percaya beliau mempunyai keupayaan itu,” jelas Jonassen.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat lalu memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu terpaksa menarik diri daripada aksi pusingan pertama Malaysia Masters 2025 bulan lalu, menentang pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, susulan kesakitan pada bahagian lutut.

BAM sebelum itu menjelaskan pemeriksaan perubatan terperinci mengesahkan pemain kelahiran Johor berkenan mengalami kecederaan ACL yang memerlukan pembedahan.