'Teruja nak tengok aksi pemain warisan baharu'

Iklan
Penyokong Malaysia yakin Harimau Malaya mampu menjinakkan Vietnam.

LANGKAH skuad Harimau Malaya mendapatkan ramai pemain warisan baharu menjadi antara faktor berjaya menarik minat penyokong untuk hadir menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Salah seorang penyokong Harimau Malaya, Mohd Radzi Irfan Andi Imran berkata, dia teruja untuk melihat impak yang bakal diberikan pemain warisan tersebut selain taktikal yang bakal ditampilkan pengendali negara, Peter Cklamovski.

Iklan
Iklan

"Saya nak tengok sendiri taktikal jurulatih dan juga impak pemain warisan baharu kepada Harimau Malaya.

"Saya yakin keputusan positif akan berpihak kepada pasukan negara malam ini," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, dia yang juga orang kurang upaya (OKU) tidak menjadikan ia satu halangan untuk hadir menyatakan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

"Walaupun saya OKU, semangat untuk tengok Malaysia main tetap kuat. Saya memang minat Arif Aiman dan Faisal Halim. Lepas pengumuman tarikh perlawanan, saya terus tempah tiket," katanya.

Iklan

Seorang lagi penyokong Harimau Malaya, Muhammad Asyraaf Muhammad Nadzrin menjangkakan perlawanan sengit malam ini dan keputusan akan memihak kepada Malaysia.

"Saya percaya keputusan akan memihak Malaysia dan saya teruja nak lihat aksi pemain-pemain seperti Dion Cools dan Arif Aiman," katanya.