Keputusan Tengku Zafrul keluar UMNO tidak jejas usaha perkukuh ekonomi negara - Ahmad Zahid
Iklan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas merasmikan Women In Export Forum 2025 di Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO tidak akan menjejaskan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara serta memperkasa sektor perdagangan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegangan politik seseorang itu tidak seharusnya dicampur aduk dengan pengendalian dan pengurusan organisasi apatah lagi melibatkan pentadbiran sebuah negara.
Iklan
Iklan
"Kita ada had sempadan yang jelas (antara politik dan pentadbiran), kita profesional, dalam prinsip ini saya memilih untuk santuni perbezaan pandangan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wanita dalam Eksport 2025 di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini pada Selasa.
Hadir sama Tengku Zafrul, Pengerusi Matrade Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (Hawa) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Iklan
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai impak keputusan peletakan jawatan Tengku Zafrul selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO terhadap pentadbiran negara serta pelaksanaan dasar kerajaan.
Mengenai hubungan peribadi beliau dengan Tengku Zafrul, Ahmad Zahid berkata, semuanya dalam keadaan baik.
Iklan
Tengku Zafrul menerusi kenyataan pada 30 Mei lepas memaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatan beliau dalam UMNO kepada pimpinan parti itu. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.